Alhamdulillah, tamat sudah sesi persekolahan untuk 2024/2025. Semoga berjumpa lagi pada 17 Februari 2025, untuk sesi persekolahan 2025.
Selamat bercuti semua.
👋👋👋
WDT 22, 90200 Kinabatangan, Sabah
Alhamdulillah, tamat sudah sesi persekolahan untuk 2024/2025. Semoga berjumpa lagi pada 17 Februari 2025, untuk sesi persekolahan 2025.
Selamat bercuti semua.
👋👋👋
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dukacita dimaklumkan bahawa staf SK Kampung Suan Lamba, Cikgu Rosdi bin Dollin telah meninggal dunia pada 20 Julai 2023.
Mohon dibacakan Al-Fatihah dan mendoakan arwah semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Kampung Suan Lamba kini telah menubuhkan page dalam Facebook. Dijemput semua untuk menyukai page tersebut.
Dengan wujudnya page tersebut, maka secara rasmi, bermula pada hari ini, blog ini tidak lagi akan dikemaskini dengan perkara yang berlaku di sekolah. Hal ini demikian kerana segala peristiwa atau perkara yang berkaitan dengan sekolah akan dikemaskini terus dalam page Facebook SK Kampung Suan Lamba.
Saya, admin blog sekolah ini, memohon maaf atas segala kesilapan. Sebelum saya mengundur diri daripada blog ini, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca blog kerana telah menjadi pelawat setia blog ini. Terima kasih.
Berikut merupakan link untuk page Facebook SK Kampung Suan Lamba:
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berdasarkan pengumuman yang telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan dalam sidang tempoh hari, maka sesi PdPR akan bermula sekali lagi.
Sesi PdPR kali ini akan dilaksanakan selama 25 hari, iaitu selama 5 minggu. Pelaksanaan tersebut akan bermula pada 14 Jun 2021. Seperti sebelum ini, murid-murid akan melaksanakan sesi pembelajaran dari rumah. Modul PdPR akan diserahkan kepada murid melalui pemandu kenderaan masing-masing. Dimohon agar mana-mana murid yang tidak dapat mengambil fail Modul PdPR untuk memaklumkan kepada guru kelas.
Kami guru-guru SK Kampung Suan Lamba sangat berterima kasih kepada semua ibu bapa / penjaga yang sentiasa berusaha untuk menjadi cikgu anak-anak di rumah. Terima kasih! Jasa ibu bapa / penjaga akan sentiasa dikenang. Semoga usaha ibu bapa / penjaga dapat memberikan keberkatan ilmu kepada anak-anak. InshaALLAH.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dukacita dimaklumkan bahawa staf SK Kampung Suan Lamba, Puan Hamisah binti Damsing telah meninggal dunia pada pagi tadi.
Mohon dibacakan Al-Fatihah dan mendoakan arwah semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca blog. Untuk makluman semua, bermula pada hari ini, seorang guru dari SK Kampung Suan Lamba telah berpindah sekolah. Guru tersebut ialah Puan Nur'Izzati binti Jonaidi. Beliau telah berpindah ke SK Kuala Suan Lamba.
Terima kasih atas segala jasa, sumbangan dan pengorbanan yang diberikan oleh Puan Nur'Izzati. Selamat majujaya di tempat baharu. Salam sayang daripada warga SK Kampung Suan Lamba.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Warga SKKGSL dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran guru prasekolah yang baharu iaitu Encik Mohd. Redzwan bin Abdul Majid, seorang guru baharu. Semoga terus sukses dan selamat majujaya dalam dunia pekerjaan. Semoga dapat bersama-sama menyumbangkan idea dan tenaga dalam meningkatkan pencapaian sekolah.
(gambar Encik Mohd. Redzwan akan dimuatnaik selepas ini)
Harap maaf. Gambar tidak akan dimuatnaik memandangkan blog ini tidak lagi dikemaskini.