Profil Sekolah

SK Kampung Suan Lamba telah ditubuhkan pada tahun 1986. Bangunan sekolah telah dirasmikan pada 10 Oktober 1986 oleh YB En. Alwi bin Haji Ahmad, Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah pada ketika itu.

SK Kampung Suan Lamba kini mempunyai lebih 150 orang murid yang dibahagikan kepada 8 buah kelas iaitu Tahun 1 sehingga Tahun 6, dan 2 kelas Pra Sekolah.

Kemudahan yang terdapat di sekolah ini ialah Kelas Pemulihan, Pusat Sumber SK Kampung Suan Lamba dan beberapa kemudahan lain untuk tujuan pembelajaran murid.

Staf Akademik seramai 17 orang dan staf sokongan seramai 4 orang bersama-sama membantu memastikan murid-murid dapat menuntut ilmu sebaik mungkin di SK Kampung Suan Lamba.

VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

MOTO SEKOLAH
Berilmu dan Bersatu

1 comment: