19 September 2019

Terima Kasih MILO

Pada hari ini, bas MILO telah datang ke SK Kampung Suan Lamba. Murid-murid telah beratur untuk mendapatkan segelas milo daripada mereka.

Terima kasih MILO kerana sampai ke sekolah kami. Semoga program seperti ini diteruskan sampai bila-bila.

18 September 2019

Program PASCA UPSR

Selepas musim UPSR berakhir, murid-murid Tahun 6 telah mengikuti program PASCA UPSR. Ada beberapa aktiviti yang telah dijalankan untuk memberi peluang kepada murid Tahun 6 mengisi masa terluang selepas tamat UPSR.

Antaranya ialah seperti aktiviti hari ini, iaitu pembersihan kolam secara besar-besaran.


13 September 2019

Majlis Penangguhan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Kampung Suan Lamba

Pada hari ini, SK Kampung Suan Lamba telah mengadakan majlis penangguhan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Majlis tersebut telah diadakan setelah bulan Kemerdekaan selama sebulan di SK Kampung Suan Lamba yang telah diisi dengan pelbagai program berkenaan kemerdekaan. Program-program tersebut telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Kesenian dan Pusat Sumber Sekolah.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ialah:
  • Kuiz Sejarah
  • Pertandingan origami baju
  • Pertandingan mewarna logo Malaysia Bersih
  • Persembahan koir merdeka
  • Pertandingan kelas merdeka
  • Pertandingan catwalk merdeka

Sebelum majlis dimulakan, semua warga SK Kampung Suan Lamba telah melakukan perarakan dari tapak perhimpunan sehingga ke pintu gerbang Kampung Lanut, kemudian menyanyikan lagu patriotik dan barulah berarak semula ke sekolah.

Selepas rehat, murid telah menyampaikan persembahan masing-masing, dan diikuti oleh pertandingan catwalk merdeka. Selepas itu barulah majlis penyampaian hadiah dilangsungkan dan seterusnya penangguhan Bulan Kemerdekaan yang telah dirasmikan oleh Pn. Sabaria.

Berikut gambar yang telah diambil sepanjang majlis tersebut:














12 September 2019

UPSR 2019

Alhamdulillah, murid-murid Tahun 6 telah selesai menjawab kertas soalan UPSR yang telah dijalankan selama 4 hari dalam tempoh masa dua minggu.

Tarikh pelaksanaan UPSR pada tahun 2019 adalah seperti berikut:

4 September 2019 - Bahasa Melayu
5 September 2019 - Bahasa Inggeris
10 September 2019 - Matematik
11 September 2019 - Sains

Dengan berakhirnya UPSR 2019, menandakan murid-murid Tahun 6 sudah hampir menamatkan pembelajaran di SK Kampung Suan Lamba.

Berikut merupakan gambar yang diambil sepanjang tempoh empat hari UPSR dijalankan:
   

  





10 September 2019

Perkampungan UPSR 2019

Pada 1, 2, 8 dan 9 September yang lalu, iaitu bersamaan pada hari Ahad dan Isnin, murid-murid Tahun 6 Alfa telah menyertai program perkampungan di SK Kampung Suan Lamba. Program perkampungan ini ialah sebuah program iaitu murid mengikuti kelas tambahan dan tinggal di sekolah. 

Program tersebut telah berlangsung selama empat hari dua malam. Murid-murid telah mengikuti kelas tambahan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk perkampungan pada 1-2 September. Hal ini demikian kerana dalam minggu yang sama, mereka akan menduduki UPSR untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Kelas tambahan untuk mata pelajaran Matematik dan Sains pula telah dijalankan pada 8-9 September. Sama seperti mata pelajaran sebelumnya, kedua-dua mata pelajaran ini akan diduduki oleh murid pada minggu yang sama selepas hari perkampungan.

Diharapkan murid-murid dapat memperbaiki kelemahan dan menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menguasai semua mata pelajaran UPSR. Semoga dipermudahkan menjawab soalan UPSR kelak. Aamiiin.

Berikut merupakan gambar yang sempat diambil sepanjang program perkampungan tersebut:

Sarapan pagi sebelum memulakan kelas tambahan

Kelas tambahan Bahasa Melayu

Rumah yang digunakan oleh murid perempuan

Rumah yang digunakan oleh murid lelaki

Para guru makan tengah hari

Menu makanan tengah hari

Perbincangan dengan Madam Zailahwati

Riadah murid perempuan
Riadah murid lelaki



Kelas tambahan Matematik

Kelas tambahan Sains

Murid Tahun 6 Alfa, Adamshah memancing untuk melapangkan fikiran sebelum menjawab soalan UPSR esok.


03 September 2019

Lawatan Rombongan Pengawas UPSR ke SK Kampung Suan Lamba

Pada hari ini, warga sekolah telah menerima lawatan daripada rombongan pengawas UPSR seramai dua orang. Rombongan tersebut terdiri daripada ketua pengawas dan timbalan ketua pengawas. 

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau dewan peperiksaan, di samping dapat memperkenalkan ketua pengawas dan timbalan ketua pengawas yang akan bertugas sepanjang UPSR berlangsung di SK Kampung Suan Lamba.

Semoga pertemuan antara murid Tahun 6 Alfa dan rombongan pengawas dapat meredakan sedikit sebanyak perasaan gemuruh murid untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR esok.

(Dari kiri) Ketua Pengawas, Puan Jean Vergara, Puan Sabaria Harris, dan Cik Mastiah.

Lawatan PPD Kinabatangan ke SK Kampung Suan Lamba

Pada hari ini, bersamaan dengan 3 September 2019, iaitu hari Selasa, warga SK Kampung Suan Lamba telah menerima lawatan daripada PPD Kinabatangan. Tuan Asiang Andud telah datang dari PPD Kinabatangan untuk melakukan lawatan di sekolah, khasnya pada Bilik Pemulihan yang dikendalikan oleh Cikgu Ayub Abd Halim.

Diharapkan lawatan tersebut dapat membantu warga sekolah untuk memperbaiki segala kekurangan yang telah diberikan maklum balas oleh beliau. Terima kasih Tuan Asiang kerana sudi datang ke SK Kampung Suan Lamba.

Berikut merupakan gambar yang sempat diambil selepas beliau melakukan lawatan: