04 October 2020

Entri Baharu

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Admin minta maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Untuk makluman semua, tiada entri baharu akan dimuatnaik setakat ini kerana masalah teknikal.

Diharapkan para pengunjung blog dapat bersabar. Apabila masalah tersebut telah diselesaikan, admin akan segera memuatnaik entri baharu dalam blog ini.

Di samping itu, marilah kita bersama-sama mencegah penyebaran COVID19 dengan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.

#kitajagakita

09 June 2020

Tamat Cuti Pertengahan Tahun 2020

Alhamdulillah, tamatlah sudah cuti sekolah (cuti pertengahan tahun) untuk tahun 2020. Pada hari ini, sekolah dijalankan seperti biasa tetapi masih lagi mengekalkan norma baharu iaitu sekolah atas talian. Sesi pembelajaran masih lagi dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi WhatsApp memandangkan sekolah masih belum dibenarkan dibuka seperti sebelum PKP.

Di samping itu, pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua umat Islam SK Kampung Suan Lamba. Maaf zahir dan batin.

Untuk makluman semua, pada minggu ini, sekolah telah menerima kedatangan dua orang guru baharu (guru interim) iaitu Ustaz Ahmad Syahir bin Mohd Amir dan Ustaz Muhammad Zulkifle bin Zainuddin. Selamat datang diucapkan buat ustaz berdua.

Ustaz Syahir memperkenalkan diri

(Gambar Ustaz Zulkifle akan dimuat naik selepas ini)
Harap maaf. Gambar tidak akan dimuatnaik memandangkan blog ini tidak lagi dikemaskini.

28 February 2020

Throwback Siri Latihan Sukan

Ini merupakan imbasan semula siri latihan sukan yang telah dilaksanakan selama dua minggu sebelum berlangsungnya Temasya Balapan dan Padang SK Kampung Suan Lamba pada tahun 2020.








💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮




💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮








💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮




💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮














27 February 2020

Temasya Balapan dan Padang : Kemuncak

Temasya Balapan dan Padang kini telah sampai ke kemuncaknya. Pada hari ini, En Asiang Andud selaku wakil daripada PPD Kinabatangan telah merasmikan penutupan Temasya Balapan dan Padang SK Kampung Suan Lamba untuk tahun 2020. 
Berikut merupakan acara/aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari kemuncak temasya:
  1. Perbarisan setiap rumah sukan
  2. Pemeriksaan perbarisan dan rumah sukan
  3. Acara larian Tahap 2
  4. Acara terbuka (melibatkan murid sekolah luar dan ibu bapa)
  5. Penyampaian hadiah keseluruhan temasya
RUMAH SUKAN





PERSIAPAN PERBARISAN RUMAH SUKAN









PASUKAN PENARI TAHAP 1 BERSEDIA DI TEPI PADANG




PASUKAN PERBARISAN BERSIAP SEDIA DI PADANG







BARISAN VIP





BACAAN IKRAR DIPIMPIN OLEH MOHD RAZIQ BIN MASDAR




PEMERIKSAAN PERBARISAN DAN RUMAH SUKAN OLEH VIP












UCAPAN GURU BESAR, UCAPAN PERASMIAN EN ASIANG ANDUD












PERSEMBAHAN PRASEKOLAH (PIMPINAN PUAN LOULITA DAN PUAN FAZLIANA)






PERSEMBAHAN TAHAP 1 (PIMPINAN EN ENNOS DAN PUAN ARZURA)





PENYAMPAIAN HADIAH KHAS KEPADA MOHD RAZIQ BIN MASDAR KERANA MENDAPAT ANUGERAH OLAHRAGAWAN DALAM MSSD KINABATANGAN 2020




PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA WAKIL PENILAI PERBARISAN DAN RUMAH SUKAN SERTA KEPADA EN ASIANG ANDUD SELAKU PERASMI TEMASYA BALAPAN DAN PADANG SKKGSL 2020





KUMPULAN PELARI DALAM ACARA 4X100M TERBUKA










ACARA TERBUKA TARIK TALI (ANJURAN PIBG)








PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PENYUMBANG (SPONSOR) UNTUK TEMASYA BALAPAN DAN PADANG







PENYAMPAIAN MEDAL KEPADA PARA ATLET DAN HAMPER KEPADA RUMAH SUKAN























Tahniah buat rumah sukan Neuro atas kejayaan merangkul juara keseluruhan pada tahun ini. Buat rumah sukan Tekno dan Kombat, jangan putus asa, apa yang diperolehi pada hari ini ialah pengalaman yang diharapkan dapat membakar semangat untuk temasya Balapan dan Padang yang akan datang.

Tahniah juga diucapkan kepada semua AJK, para PIBG dan kakitangan yang bertungkus lumus membantu melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Jasa tuan dan puan tidak akan kami lupakan.

Akhir kata, jumpa lagi pada temasya Balapan dan Padang yang seterusnya! Majulah sukan untuk negara.


TRIVIA 






AJK PIBG YANG SPORTING!




RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PENAJA UTAMA UNTUK TEMASYA BALAPAN DAN PADANG SKKGSL TAHUN 2020 IAITU K2