09 June 2020

Tamat Cuti Pertengahan Tahun 2020

Alhamdulillah, tamatlah sudah cuti sekolah (cuti pertengahan tahun) untuk tahun 2020. Pada hari ini, sekolah dijalankan seperti biasa tetapi masih lagi mengekalkan norma baharu iaitu sekolah atas talian. Sesi pembelajaran masih lagi dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi WhatsApp memandangkan sekolah masih belum dibenarkan dibuka seperti sebelum PKP.

Di samping itu, pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua umat Islam SK Kampung Suan Lamba. Maaf zahir dan batin.

Untuk makluman semua, pada minggu ini, sekolah telah menerima kedatangan dua orang guru baharu (guru interim) iaitu Ustaz Ahmad Syahir bin Mohd Amir dan Ustaz Muhammad Zulkifle bin Zainuddin. Selamat datang diucapkan buat ustaz berdua.

Ustaz Syahir memperkenalkan diri

(Gambar Ustaz Zulkifle akan dimuat naik selepas ini)
Harap maaf. Gambar tidak akan dimuatnaik memandangkan blog ini tidak lagi dikemaskini.