02 July 2021

Facebook SK Kampung Suan Lamba

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Kampung Suan Lamba kini telah menubuhkan page dalam Facebook. Dijemput semua untuk menyukai page tersebut.

Dengan wujudnya page tersebut, maka secara rasmi, bermula pada hari ini, blog ini tidak lagi akan dikemaskini dengan perkara yang berlaku di sekolah. Hal ini demikian kerana segala peristiwa atau perkara yang berkaitan dengan sekolah akan dikemaskini terus dalam page Facebook SK Kampung Suan Lamba.

Saya, admin blog sekolah ini, memohon maaf atas segala kesilapan. Sebelum saya mengundur diri daripada blog ini, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca blog kerana telah menjadi pelawat setia blog ini. Terima kasih.

Berikut merupakan link untuk page Facebook SK Kampung Suan Lamba:

Facebook SK Kampung Suan Lamba

11 June 2021

PdPR 25 Hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berdasarkan pengumuman yang telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan dalam sidang tempoh hari, maka sesi PdPR akan bermula sekali lagi.

Sesi PdPR kali ini akan dilaksanakan selama 25 hari, iaitu selama 5 minggu. Pelaksanaan tersebut akan bermula pada 14 Jun 2021. Seperti sebelum ini, murid-murid akan melaksanakan sesi pembelajaran dari rumah. Modul PdPR akan diserahkan kepada murid melalui pemandu kenderaan masing-masing. Dimohon agar mana-mana murid yang tidak dapat mengambil fail Modul PdPR untuk memaklumkan kepada guru kelas.

Kami guru-guru SK Kampung Suan Lamba sangat berterima kasih kepada semua ibu bapa / penjaga yang sentiasa berusaha untuk menjadi cikgu anak-anak di rumah. Terima kasih! Jasa ibu bapa / penjaga akan sentiasa dikenang. Semoga usaha ibu bapa / penjaga dapat memberikan keberkatan ilmu kepada anak-anak. InshaALLAH.

22 April 2021

Pemergian Puan Hamisah binti Damsing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa staf SK Kampung Suan Lamba, Puan Hamisah binti Damsing telah meninggal dunia pada pagi tadi.

Mohon dibacakan Al-Fatihah dan mendoakan arwah semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

22 March 2021

Perpindahan Guru SK Kampung Suan Lamba

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca blog. Untuk makluman semua, bermula pada hari ini, seorang guru dari SK Kampung Suan Lamba telah berpindah sekolah. Guru tersebut ialah Puan Nur'Izzati binti Jonaidi. Beliau telah berpindah ke SK Kuala Suan Lamba.

Terima kasih atas segala jasa, sumbangan dan pengorbanan yang diberikan oleh Puan Nur'Izzati. Selamat majujaya di tempat baharu. Salam sayang daripada warga SK Kampung Suan Lamba.

15 February 2021

Guru Prasekolah Baharu

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Warga SKKGSL dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran guru prasekolah yang baharu iaitu Encik Mohd. Redzwan bin Abdul Majid, seorang guru baharu. Semoga terus sukses dan selamat majujaya dalam dunia pekerjaan. Semoga dapat bersama-sama menyumbangkan idea dan tenaga dalam meningkatkan pencapaian sekolah.

(gambar Encik Mohd. Redzwan akan dimuatnaik selepas ini)

Harap maaf. Gambar tidak akan dimuatnaik memandangkan blog ini tidak lagi dikemaskini.

13 January 2021

Sesi Persekolahan Tahun 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sesi persekolahan pada tahun ini akan bermula pada 20 Januari 2021. Memandangkan Perdana Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Sabah bermula pada 13 Januari sehingga 26 Januari, sesi persekolahan pada tempoh tersebut adalah secara Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). PdPR akan digerakkan melalui aplikasi WhatsApp seperti tahun lalu.

 Semoga COVID-19 cepat berlalu agar negara pulih semula. Aamiin.

Untuk makluman semua, tiga orang guru SK Kampung Suan Lamba telah berpindah keluar dan sekolah ini juga telah menerima seorang guru baharu.


Selamat maju jaya buat tiga orang guru kita...

  1. Cikgu Wan Zarin Hasani Wan Hassan
  2. Cikgu Fazliana Mustafa Kamar
  3. Cikgu Iqbal Munawir Mohd Aziz
Semoga dipermudahkan segala urusan di sekolah baharu.

Selamat datang pula diucapkan kepada guru baharu kita, iaitu Cikgu Mousu Mading. Selamat bertugas di SK Kampung Suan Lamba.