28 February 2019

Latihan dan Persediaan ke MSSD Kinabatangan 2019

Pada minggu ini, iaitu minggu akhir bulan Februari, para atlet yang akan mewakili SK Kampung Suan Lamba ke MSSD Kinabatangan 2019 telah memulakan sesi latihan mereka. Latihan tersebut telah dijalankan pada sebelah petang, dengan bimbingan jurulatih utama sekolah iaitu Cik Frensyllah.


Berikut merupakan gambar dan video yang telah diambil sepanjang latihan.

Jurulatih dan atlet berlari mengelilingi padang untuk memanaskan badan (warming up)

Atlet bersedia untuk memulakan sesi latihan

Jurulatih menunjukkan video larian Usain Bolt kepada para atlet untuk membakar semangat mereka

Jurulatih memberikan demonstrasi teknik lari pecut yang betul

Atlet mengaplikasikan teknik yang telah didemonstrasikan oleh jurulatih

Jurulatih dan atlet melaksanakan senaman menyejukkan badan (cooling down)

21 February 2019

Aktiviti Menghias Kawasan Sekolah

Pada bulan Februari, sebanyak dua aktiviti menghias sekolah telah dilaksanakan. Aktiviti menghias kawasan sekolah ini dilaksanakan dengan kerjasama kakitangan bukan mengajar dan kakitangan pembersihan sekolah.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pemasangan nama sekolah pada dinding bilik rehat guru dan pemasangan banner Rukun Negara (program Panitia Sejarah).

Berikut merupakan gambar yang telah diambil sepanjang aktiviti berkenaan.






Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. 

15 February 2019

Majlis Mentor Mentee SK Kampung Suan Lamba

Pada hari ini, 15 Februari 2019 (Jumaat), sebuah majlis ringkas telah diadakan untuk menyerahkan mentee kepada mentor masing-masing. Mentee terdiri daripada murid-murid Tahun 6, manakala mentor pula terdiri daripada guru-guru SK Kampung Suan Lamba.

Majlis tersebut telah diadakan di Bilik RMT. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh guru kelas Tahun 6 Alfa, Puan Nur Farhana. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Kanan 1, Encik Abd Harim dan telah diteruskan dengan penyampaian buku modul Mentor Mentee daripada mentor kepada mentee masing-masing. Sebelum majlis tamat, semua mentor dan mentee diberi peluang untuk melakukan sesi pengenalan diri.

Berikut merupakan antara gambar yang sempat diambil sewaktu majlis tersebut. Gambar mentor dan mentee akan dimuat naik selepas ini.


Puan Nur Farhana memberikan ucapan alu-aluan kepada semua murid dan guru yang hadir dalam majlis tersebut

Murid Tahun 6 Alfa

Murid Tahun 6 Alfa

Encik Abd Harim menyampaikan ucapan sebelum merasmikan majlis hari ini

Penyerahan modul mentor mentee. Puan Nur Farhana menjadi wakil untuk menyampaikan modul kepada murid.

13 February 2019

Kelas Tambahan Tahun 6 Kini Bermula

Alhamdulillah, bermula pada minggu ini, kelas tambahan untuk Tahun 6 Alfa telah mula dilaksanakan.

Kelas tambahan ini dimulakan pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Kelas tambahan hanya diadakan pada hari Isnin hingga Khamis. Hanya empat mata pelajaran teras yang diajar iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 

Tujuan utama kelas tambahan diadakan adalah untuk membantu murid-murid agar lebih faham dan mahir tentang format soalan dalam peperiksaan di samping menguasai cara-cara menjawab soalan dengan tepat. Selain itu, para guru juga dapat membantu murid-murid untuk lebih yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk menjawab soalan.

Semoga dengan adanya inisiatif kelas tambahan ini, murid-murid Tahun 6 Alfa 2019 dapat mencipta kejayaan untuk diri sendiri, ahli keluarga dan warga sekolah.

Selamat majujaya.

Gambar ini diambil sewaktu kelas tambahan Bahasa Inggeris


01 February 2019

Kursus Kepimpinan 2019

Pada hari ini, 1 Februari 2019, Unit Disiplin SK Kampung Suan Lamba telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan kepada para pemimpin kecil. Pemimpin kecil sekolah terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, ketua kelas dan penolong ketua kelas.

Sebelum majlis tersebut, para pemimpin kecil telah menyertai kursus kepimpinan yang telah dijalankan bermula pada minggu lalu. Kursus tersebut mengambil masa dua hari, namun disebabkan beberapa program sekolah yang dijalankan pada waktu yang sama, kursus tersebut terpaksa ditangguh sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, dengan adanya kursus kepimpinan dan watikah perlantikan tersebut, diharapkan para pemimpin kecil SK Kampung Suan Lamba akan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas mereka dan membantu guru-guru di SK Kampung Suan Lamba.

Selamat maju jaya buat semua pemimpin kecil.

Berikut merupakan gambar yang telah diambil sepanjang kursus.
















Ketua Pengawas - Haikal bin Huda

Penolong Ketua Pengawas - Norhidayah binti Baharuddin



Puan Sabaria, Encik Ayub dan barisan pengawas sekolah

Puan Sabaria, Cik Frensyllah dan barisan pengawas pusat sumber sekolah

Puan Sabaria, Cik Aznur dan barisan ketua kelas serta penolong ketua kelas