15 February 2019

Majlis Mentor Mentee SK Kampung Suan Lamba

Pada hari ini, 15 Februari 2019 (Jumaat), sebuah majlis ringkas telah diadakan untuk menyerahkan mentee kepada mentor masing-masing. Mentee terdiri daripada murid-murid Tahun 6, manakala mentor pula terdiri daripada guru-guru SK Kampung Suan Lamba.

Majlis tersebut telah diadakan di Bilik RMT. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh guru kelas Tahun 6 Alfa, Puan Nur Farhana. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Kanan 1, Encik Abd Harim dan telah diteruskan dengan penyampaian buku modul Mentor Mentee daripada mentor kepada mentee masing-masing. Sebelum majlis tamat, semua mentor dan mentee diberi peluang untuk melakukan sesi pengenalan diri.

Berikut merupakan antara gambar yang sempat diambil sewaktu majlis tersebut. Gambar mentor dan mentee akan dimuat naik selepas ini.


Puan Nur Farhana memberikan ucapan alu-aluan kepada semua murid dan guru yang hadir dalam majlis tersebut

Murid Tahun 6 Alfa

Murid Tahun 6 Alfa

Encik Abd Harim menyampaikan ucapan sebelum merasmikan majlis hari ini

Penyerahan modul mentor mentee. Puan Nur Farhana menjadi wakil untuk menyampaikan modul kepada murid.

No comments:

Post a Comment