30 November 2019

Gambar Hari Anugerah Cemerlang SK Kampung Suan Lamba

Berikut merupakan antara gambar yang telah diambil oleh AJK Fotografi sepanjang program Hari Anugerah Cemerlang peringkat SK Kampung Suan Lamba berlangsung.

Perjalanan program: klik sini

Penyampaian hadiah mata pelajaran dan kedudukan terbaik: klik sini

Penyampaian anugerah pemimpin kecil: klik sini

Penyampaian anugerah khas: klik sini

Konvokesyen Tahun 6: klik sini

Penyampaian anugerah PIBG: klik sini

***

Selamat bercuti semua! 

21 November 2019

Video Hari Anugerah Cemerlang 2019

Pada Hari Anugerah Cemerlang (HAC) tahun ini, sebanyak tiga video telah disediakan. Berikut merupakan video yang telah dipasang dalam program tersebut.


Trailer Memori 2019


Memori 2019


Kenangan 6 Alfa 2019

Hari Anugerah Cemerlang 2019

Alhamdulillah, setelah seminggu bertungkus-lumus untuk menjayakan program Hari Anugerah Cemerlang, akhirnya pada hari ini, terbayarlah sudah titik peluh para guru dan staf SK Kampung Suan Lamba dengan kejayaan pelaksanaan program tersebut.

Ribuan terima kasih diucapkan semua AJK yang telah mencurahkan usaha dalam menggerakkan program tersebut. Tanpa mengharapkan balasan, semua AJK bergerak melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan dalam mesyuarat.

Sekalung penghargaan juga dirakamkan buat Tuan Asiang Andud dari PPD Kinabatangan yang sudi turun ke sekolah untuk merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SK Kampung Suan Lamba. Tidak lupa juga kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke hari meraikan anak-anak mereka. Di samping itu, jutaan terima kasih turut diucapkan kepada para ahli PIBG yang telah meminjamkan kudrat mereka untuk program pada hari ini. Tanpa PIBG, sukar rasanya untuk para guru sendiri menjalankan program gah sebegini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan buat semua murid yang telah memberikan kerjasama sepanjang program berjalan. Alhamdulillah, tiada sebarang isu berlaku sepanjang program. Semua murid menjaga tingkah laku dan adab masing-masing. Akhir sekali, terima kasih buat semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam program hari ini.

Dengan terlaksananya Hari Anugerah Cemerlang untuk 2019 ini, maka dengan rasminya persekolahan tamat untuk sesi 2019. Selamat bercuti buat semua. Jumpa tahun hadapan.

18 November 2019

Pendaftaran 2020

Pada hari ini, SK Kampung Suan Lamba telah melaksanakan hari pendaftaran semula untuk tahun 2020. Semua murid telah mendaftar untuk kelas yang akan dimasuki pada tahun depan.

Slip keputusan peperiksaan akhir tahun dan slip pentaksiran bilik darjah juga telah diserahkan kepada ibu bapa murid. Guru bertugas yang menyerahkan slip telah memberikan sedikit penerangan berkenaan perkembangan murid-murid kepada ibu bapa masing-masing.

Pada masa yang sama, Unit SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) telah melaksanakan proses peminjaman buku teks kepada murid-murid. Semua murid yang berdaftar dalam sistem APDM mendapat buku teks kecuali murid Tahun 3 (Tahun 4 untuk tahun 2020) kerana mereka akan mendapat buku teks baharu pada tahun depan.













15 November 2019

Majlis Apresiasi dan Jamuan Tahun 6 dan Pemimpin Kecil SKKGSL

Pada hari ini, sebuah majlis 2 dalam 1 telah dijalankan iaitu Majlis Apresiasi Tahun 6 serta jamuan untuk Tahun 6 dan para pemimpin kecil SK Kampung Suan Lamba.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah permainan rakyat iaitu bola sepak pakai kain sarung dan bola beracun. Selain itu, antara permainan yang dimainkan ialah menghantar belon berisi air ke belakang, memasukkan bola pingpong ke dalam baldi secara lantun dan menterbalikkan botol air (bottle flip).

Selepas itu, murid-murid menjamah jamuan yang telah disediakan. Menu utama pada jamuan hari ini ialah ayam bbq yang telah diperap semalaman. 

Sewaktu majlis penutupan, aktiviti tukar-tukar hadiah antara guru dan murid Tahun 6 telah dijalankan. Di samping itu, penghargaan telah diberikan kepada mentor dan mentee terbaik. Tahniah buat semua!
































13 November 2019

Perarakan Maulidur Rasul

Pada hari ini, semua murid muslim SK Kampung Suan Lamba dan guru-guru telah mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Perarakan tersebut telah dibuat bermula dari sekolah ke dewan, dan seterusnya berakhir di masjid kampung.

Selepas perarakan, murid, guru dan masyarakat muslim Kampung Lanut telah mendengar tazkirah ataupun pengisian daripada Ustaz Afiq yang bertajuk Mencintai Rasulullah SAW. Semoga pengisian yang dikongsikan oleh ustaz dapat dijadikan teladan kepada semua orang yang menghadiri majlis ilmu pada pagi ini.

Selesai sahaja tazkirah, semua murid dan guru kembali ke sekolah untuk melakukan latihan persembahan masing-masing.