08 November 2019

Roadshow SMK Sukau

Pada hari ini, iaitu 8 November 2019, bersamaan hari Jumaat, murid Tahun 6 berserta ibu bapa mereka telah menghadiri sebuah roadshow yang disampaikan oleh guru SMK Sukau. Dalam program tersebut, penerangan diberikan kepada para ibu bapa tentang semua jenis dokumen yang perlu disediakan untuk mendaftarkan anak-anak di SMK Sukau. Selain itu, guru-guru SMK Sukau berkenaan juga menerangkan tentang suasana pembelajaran di SMK Sukau yang sememangnya berbeza berbanding suasana pembelajaran di SK Kampung Suan Lamba.

Semoga segala perkongsian yang dilakukan oleh guru-guru SMK Sukau berkenaan dapat membantu ibu bapa untuk menguruskan pendaftaran murid di sekolah menengah kelak.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat khasnya guru-guru SMK Sukau kerana sudi meluangkan masa untuk datang ke SK Kampung Suan Lamba. Terima kasih, jasamu dikenang.








No comments:

Post a Comment