24 June 2019

Lawatan PPD Kinabatangan ke SK Kampung Suan Lamba

Pada hari ini, rombongan PPD Kinabatangan telah melawat SK Kampung Suan Lamba. Rombongan tersebut terdiri daripada tiga orang dan diketuai oleh Mr Rishi. Lawatan tersebut bertujuan untuk menyelia pelaporan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) yang telah dilaksanakan di sekolah. Mr Rishi sendiri telah berkongsi tentang tapak PBD yang ada dimuat naik dalam laman web BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum). 

Terima kasih diucapkan kepada rombongan PPD Kinabatangan yang sudi melawat SK Kampung Suan Lamba dan seterusnya berkongsi maklumat penting berkenaan PBD. Semoga pelaporan PBD sekolah selepas ini bertambah baik.

Perbincangan tentang PBD.

21 June 2019

Sambutan Hari Keluarga SKKGSL 2019

Alhamdulillah, pada hari ini, 21 Jun 2019 bersamaan hari Jumaat, SK Kampung Suan Lamba telah berjaya melaksanakan program Hari Keluarga peringkat sekolah yang telah melibatkan ibu bapa.

Program ini sebenarnya telah merangkumi 5 program dalam 1 iaitu Hari Buruh, Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Raya. Sambutan kali ini sangat meriah kerana telah disertai oleh ibu bapa, ahli keluarga, murid, guru dan KTBM SK Kampung Suan Lamba.

Terdapat 6 kategori ataupun permainan telah dijalankan pada sambutan Hari Keluarga hari ini. Permainan tersebut ialah pecah belon, kupas kelapa, makan telur, anyam ketupat, pertandingan fashion show dan anugerah keluarga sedondon. Pertandingan yang diadakan mendapat sambutan yang meriah daripada para ibu bapa dan murid.

Selain itu, semua kelas telah berjaya menyampaikan persembahan masing-masing seperti yang telah dilakukan dalam latihan mereka sebelum ini. Semua murid menyampaikan persembahan dengan penuh bersemangat. Ibu bapa yang sedang menjamu selera kelihatan seronok melihat persembahan murid.

Berikut merupakan antara gambar yang telah diambil sepanjang sambutan Hari Keluarga pada tahun ini:
Kehadiran ibu bapa yang memeriahkan sambutan Hari Keluarga.

Ibu bapa mendaftar kehadiran di meja pendaftaran.





Permainan pertama: Pecah belon.

Puan Sapiah dan Cikgu Iqbal memberikan arahan untuk permainan Pecah Belon.

Para ibu berusaha untuk memecahkan belon dengan cara masing-masing.

Permainan atau pertandingan kedua: Fashion Show.







Permainan ketiga: Kupas Kelapa.



Permainan keempat: Makan Telur Rebus.



Permainan kelima: Anyam Ketupat.

Para peserta menunjukkan kemahiran masing-masing untuk menganyam ketupat.



Cikgu Rosdi membantu mengipas Cikgu Frensyllah yang sedang ikut bertanding menganyam ketupat.

Para peserta teliti menganyam.

Ucapan alu-aluan daripada Cikgu Harim selaku wakil kepada Puan Sabaria.

Ucapan YDP PIBG iaitu Puan Qamariah.

Acara makan bermula. Murid bertugas menjaga dan menuang air untuk semua pengunjung.











Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.












Tempat ketiga untuk keluarga sedondon baju raya.

Tempat kedua untuk keluarga sedondon baju raya.

Tempat pertama untuk keluarga sedondon baju raya. Tahniah.

Murid bekerjasama untuk membersihkan kawasan khemah.




Murid turut mengambil kesempatan untuk bergambar di atas pentas selepas sambutan Hari Keluarga tamat.