20 June 2019

Perpisahan Madam Nur Farhana

Pada hari ini, 20 Jun 2019 bersamaan hari Khamis, merupakan hari terakhir Madam Farhana berkhidmat di SK Kampung Suan Lamba. Hal ini demikian kerana beliau telah mendapat tawaran berpindah ke kampung halaman di Semenanjung Malaysia.

Berikut merupakan gambar yang telah diambil sewaktu murid beratur untuk bersalaman kali terakhir dengan beliau:










Selepas sesi bersalaman, semua murid terus balik ke rumah. Para guru dan staf pula telah bertungkus-lumus untuk menyambung membuat persiapan untuk Hari Keluarga. Selepas selesai membuat persiapan barulah jamuan perpisahan untuk Madam Farhana dilakukan. 

Berikut merupakan gambar sepanjang jamuan tersebut:









Tahniah diucapkan kepada Madam Farhana kerana dapat berkhidmat di tempat sendiri. Selamat majujaya dan jangan lupa kami di SK Kampung Suan Lamba. Terima kasih atas segala jasa, sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan selama tujuh tahun berkhidmat di SK Kampung Suan Lamba. We will miss you. 

p/s: Berikut merupakan gambar yang telah diambil oleh murid Tahun 5 dan Tahun 6 bersama-sama Madam Farhana selepas mengadakan jamuan perpisahan kecil-kecilan.

Madam Farhana dan murid Tahun 5 Beta

Madam Farhana dan murid Tahun 6 Alfa

No comments:

Post a Comment