Pada tarikh 13 Jun 2019, pihak sekolah telah mengadakan sesi perjumpaan antara guru kelas dan ibu bapa untuk murid Tahap 2. Sesi perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk menyerahkan slip keputusan peperiksaan semester 1 kepada para ibu bapa.
Selain itu, pada tarikh yang sama, murid-murid Tahun 6 telah mengadakan dialog prestasi yang pertama untuk semester kedua sesi persekolahan. Dalam dialog prestasi tersebut, keputusan peperiksaan murid telah ditunjukkan menggunakan LCD kepada para ibu bapa. Diharapkan daripada sesi dialog prestasi tersebut, semangat murid kembali berkobar untuk meneruskan pembelajaran dalam semester ini, tambahan pula peperiksaan UPSR yang semakin menghampiri.
Berikut merupakan gambar yang telah diambil sewaktu sesi dialog prestasi:
No comments:
Post a Comment