20 June 2019

Persiapan Hari Keluarga

Pada hari ini, iaitu 20 Jun 2019, warga SK Kampung Suan Lamba telah membuat persiapan untuk Hari Keluarga yang akan disambut pada 21 Jun 2019. Untuk makluman semua, sambutan Hari Keluarga merupakan program 5 dalam 1 iaitu sambutan Hari Buruh, Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Raya yang melibatkan PIBG SK Kampung Suan Lamba.

Antara persiapan yang dilakukan ialah susunan meja dan kerusi di bawah khemah dan latihan persembahan murid. 

Berikut merupakan antara gambar yang sempat diambil sepanjang persiapan tersebut.

Murid Tahun 2 Delta membuat latihan persembahan mereka.

Cikgu Ayub

Reben hiasan khemah.

Hadiah yang akan disampaikan untuk enam kategori pertandingan pada Hari Keluarga. 
Sistem pembesar suara yang telah digunakan untuk raptai dan latihan persembahan murid.




Cikgu Fazliana dan murid Tahun 5 memasang kanopi kecil.

Latihan persembahan murid Tahun 5 Beta.

Guru-guru turut mengikut latihan persembahan murid.

Latihan persembahan murid Tahun 6 dipimpin oleh Cikgu Farhana sebelum beliau berpindah sekolah.

Susun atur kerusi di bawah khemah.

Pentas Sambutan Hari Keluarga SKKGSL.

Semua staf bergambar selepas selesai membuat persiapan.

Adik-beradik murid SK Kampung Suan Lamba bersalaman di atas pentas.

No comments:

Post a Comment