03 July 2019

Projek Memulih dan Menaik taraf Pusat Sumber Sekolah

Bermula pada hari ini iaitu 3 Julai 2019 (Rabu), semua warga SK Kampung Suan Lamba telah bertungkus-lumus untuk memulihkan dan menaik taraf pusat sumber sekolah (PSS). Guru PSS iaitu Cikgu Frensyllah Jauney, dibantu Puan Zailahwati telah membahagikan tugas kepada semua staf sekolah termasuklah para guru, tukang kebun, pegawai keselamatan dan PPM Prasekolah.

Untuk hari ini, semua warga sekolah telah bekerjasama untuk memindahkan buku-buku dan perabot yang terdapat dalam PSS ke tempat lain. Selepas itu, dinding PSS telah dicat semula manakala lantai PSS telah dilapik dengan tikar baharu. Buku-buku PSS telah diagihkan mengikut jenis iaitu fiksyen, bukan fiksyen, bahasa dan jenis rujukan. Semua buku tersebut akan disusun semula ke dalam rak selepas susun atur PSS dikemaskan.

Diharapkan agar usaha memperindahkan PSS ini dapat membantu meningkatkan motivasi murid-murid untuk berkunjung ke PSS dan rajin membaca buku mahupun menelaah pelajaran.

Berikut merupakan gambar yang sempat diambil sepanjang tempoh gotong-royong:






















No comments:

Post a Comment