03 July 2019

Suntikan Imunisasi Tahun 1

Pada hari ini, 3 Julai 2019 (Rabu), semua murid Tahun 1 Gamma telah menerima suntikan imunisasi daripada Kementerian Kesihatan melalui staf Klinik Kesihatan Rancangan Suan Lamba. Suntikan tersebut adalah bertujuan untuk pencegahan beberapa penyakit seperti difteria, tetanus, polio dan MMR. Seramai 3 orang staf Klinik Kesihatan Rancangan Suan Lamba telah mengendalikan sesi suntikan tersebut.

Makluman kepada ibu bapa untuk murid yang tidak hadir, anda dikehendaki membawa anak anda ke mana-mana klinik kesihatan untuk menerima suntikan tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada staf Klinik Kesihatan Rancangan Suan Lamba, Unit Kesihatan di bawah kendalian Cikgu Wan Zarin Hasani bin Wan Hassan serta semua guru yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana telah memberi kerjasama untuk sesi suntikan tersebut.

Berikut merupakan gambar yang sempat diambil sewaktu sesi suntikan:




No comments:

Post a Comment