Pada hari ini, sebuah dialog prestasi telah dijalankan bertempat di kelas Tahun 6 Bronze. Dialog prestasi tersebut melibatkan para pentadbir, guru-guru Tahun 6, murid Tahun 6 dan ibu bapa mereka.
Dialog prestasi tersebut bertujuan untuk mendedahkan para ibu bapa dengan prestasi pendidikan anak-anak mereka di samping menetapkan hala tuju murid (PPSR) serta pemberitahuan tentang kelas tambahan dalam mencapai hala tuju tersebut.
Selain itu, para murid juga telah dibahagikan mengikut mentor masing-masing untuk program Mentor-Mentee. Semua murid Tahun 6 telah mendapatkan tandatangan daripada ibu bapa dan mentor dalam borang penyerahan Mentor-Mentee.
Selepas itu, semua ibu bapa yang hadir telah menyertai mesyuarat PIBG yang diadakan buat pertama kalinya selepas pembentukan AJK sesi 2020-2021.
Antara perkara yang dibincangkan ialah temasya Balapan dan Padang SK Kampung Suan Lamba, pembayaran untuk baju sukan, makanan dan hiasan rumah sukan, serta gotong-royong yang akan dijalankan sebagai persediaan untuk temasya Balapan dan Padang.
No comments:
Post a Comment