24 February 2020

Temasya Balapan dan Padang : Merentas Desa

Pada hari ini, untuk Temasya Balapan dan Padang, murid-murid telah menyertai acara merentas desa. Murid dikumpulkan pada jam 7.20 pagi untuk memulakan aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh En Ennos. Selepas itu, murid telah dibahagikan mengikut tahap iaitu prasekolah, Tahap 2, Tahap 1.

Untuk pelepasan murid, murid telah dilepaskan bermula dari kawasan lapang di hadapan Bilik Seni. Murid Prsekolah dilepaskan terlebih dahulu, kemudian murid Tahap 2 dan barulah diikuti oleh murid Tahap 1.

Setiap murid perlu berlari ke arah checkpoint masing-masing iaitu checkpoint murid Prasekolah ialah selepas jambatan Kampung Lanut, murid Tahap 1 ialah bukit pertama selepas SLDB manakala murid Tahap 2 ialah simpang Kampung Suan Lamba - Rancangan Suan Lamba.

Selepas selesai larian merentas desa, penyampaian hadiah telah dilangsungkan. Murid yang berjaya mendapat tempat pertama sehingga tempat kesepuluh dapat menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing.

AKTIVITI SENAMROBIK / PEMANASAN BADAN























PELEPASAN MURID 


MURID SAMPAI DI CHECKPOINT





















































MURID SAMPAI DI SEKOLAH













MAJLIS PENYAMPAIAN MEDAL

Hadiah ditaja oleh K2. Terima kasih K2!

















No comments:

Post a Comment