18 February 2020

Sukan MSSD Kinabatangan 2020

Alhamdulillah, pada tahun ini, SK Kampung Suan Lamba telah berjaya untuk menghantar 8 orang murid sebagai wakil sekolah untuk menyertai sukan MSSD Kinabatangan.

MSSD Kinabatangan kali ini dijalankan di padang SMK Bukit Garam 2. Ini memberikan kelebihan kepada atlet SKKGSL kerana dapat berehat di rumah sendiri selepas tamat acara.

MSSD Kinabatangan telah berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada 17 sehingga 18 Februari 2020. Atlet sekolah iaitu Mohd Raziq bin Masdar telah dianugerahkan sebagai olahragawan daerah, sekaligus menempah tempat sebagai wakil daerah untuk ke MSSN yang akan dilaksanakan pada bulan Mac di Lahad Datu.

HARI PERTAMA MSSD KINABATANGAN 2020

Murid berjalan kaki dari tempat meletakkan kenderaan ke padang SMK Bukit Garam 2.

Ruang mendaftar atlet. Cik Frensyllah (berbaju jingga, tengah) sedang menyemak nama atlet SK Kampung Suan Lamba.


Atlet sekolah sedang memasang spike pada kasut masing-masing.




Atlet sekolah sedang melakukan aktiviti memanaskan badan.
















HARI KEDUA MSSD KINABATANGAN 2020


Semua atlet beratur mengikut zon masing-masing. Atlet SK Kampung Suan Lamba masuk dalam Zon Sukau.


Barisan atlet yang terpilih mewakili daerah Kinabatangan ke MSSN di Lahad Datu. Raziq berbaju hijau, ke-8 dari kanan.




Ini dia! Adik Mohd Raziq bin Masdar, wakil sekolah ke MSSN di Lahad Datu pada 7 Mac kelak.

Tahniah buat semua atlet yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam MSSD Kinabatangan kali ini. Terima kasih kerana telah memberikan sumbangan untuk mengharumkan nama sekolah di daerah Kinabatangan. Terima kasih juga diucapkan buat guru pengiring atlet ke MSSD Kinabatangan.

No comments:

Post a Comment