23 May 2019

Penutupan Program 'Ihya Ramadan

Pada hari ini, Panitia Pendidikan Agama Islam dan Moral telah mengadakan majlis penutupan untuk program 'Ihya Ramadan yang telah dijalankan minggu lalu. Program tersebut telah melibatkan murid Tahap 1 sahaja kerana pada masa yang sama, murid Tahap 2 sedang menduduki peperiksaan semester 1.

Majlis penutupan diadakan di Masjid Kampung Lanut. Semua murid mula bergerak dari perkarangan sekolah pada jam 8.00 pagi ke masjid. Apabila sampai di masjid, murid dan para guru telah menunaikan solat sunat Dhuha terlebih dahulu.

Penceramah jemputan iaitu Imam Muhamad bin Abd Rahim telah menyampaikan ceramah kepada semua murid. Ceramah yang disampaikan adalah berkenaan bulan Ramadan dan kebaikan yang ada pada bulan mulia tersebut.

Apabila selesai ceramah, acara penyampaian hadiah telah dilaksanakan. Hadiah telah disampaikan kepada murid Tahap 1 yang telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan yang dijalankan minggu lalu, iaitu antaranya ialah pertandingan mewarna poster bulan Ramadan dan membuat kad ucapan hari guru. Selepas acara penyampaian hadiah tamat, semua murid telah berbaris untuk bersalam dengan para guru. 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Tahniah juga diucapkan kepada Panitia Pendidikan Agama Islam dan Moral kerana berjaya menganjurkan aktiviti sebagai pengisian sepanjang bulan Ramadan.

Berikut merupakan gambar yang telah diambil sepanjang majlis penutupan program 'Ihya Ramadan.

Murid lelaki mengambil tempat duduk di hadapan.

Murid perempuan telah mengambil tempat duduk di belakang.


Murid tekun mendengar penerangan daripada Ustaz Fakrul tentang rukun puasa, syarat sah puasa dan perkara yang membatalkan puasa.

Murid tekun mendengar penerangan daripada Ustaz Fakrul.

Ustaz Fakrul mengajar cara menunaikan solat sunat Dhuha kepada murid.




Murid menunaikan solat sunat Dhuha. Solat sunat tersebut diimamkan oleh Ustaz Fakrul.

Imam Muhamad menyampaikan ceramah beliau.



Guru Besar menyampaikan cendera hati kepada Imam Muhamad.









Para guru dan Imam Muhamad telah berbaris untuk aktiviti bersalam dengan murid.

Murid berbaris mengikut kelas sebelum mula bersalam dengan guru.

Antara guru perempuan di SK Kampung Suan Lamba.

Aktiviti bersalam dimulakan oleh murid Pra Sekolah.


Adik Izz Aiman malu-malu apabila bersalam dengan guru.

Murid berbaris di luar masjid selepas selesai acara bersalam. 



Murid bergerak dalam barisan untuk kembali semula ke sekolah.


No comments:

Post a Comment