24 May 2019

Gotong-Royong di Masjid Kampung Lanut

Pada hari terakhir persekolahan untuk semester ini, warga SK Kampung Suan Lamba telah melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan Masjid Kampung Lanut. Murid Tahap 1 telah bekerjasama membersihkan kawasan dalam masjid manakala murid Tahap 2 bekerjasama membersihkan kawasan luar masjid. Aktiviti gotong-royong ini turut disertai oleh beberapa orang penduduk kampung.

Terima kasih diucapkan buat semua pihak kerana telah menyumbangkan tenaga untuk aktiviti hari ini. 














Warga SK Kampung Suan Lamba ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua. Maaf zahir dan batin. ☺️

No comments:

Post a Comment