16 May 2019

Program Berbuka Puasa dengan Penduduk Kampung

Pada hari ini, staf SK Kampung Suan Lamba telah mengadakan program berbuka puasa dengan penduduk Kampung Lanut di Masjid Kampung Lanut.

Program tersebut bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara staf sekolah dengan penduduk kampung. Kehadiran staf sekolah juga telah memeriahkan suasana masjid, di samping dapat menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak serta solat sunat tarawikh secara berjemaah.

Staf sekolah yang berkelapangan telah bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk program berbuka puasa. Berikut merupakan antara gambar yang telah diambil sepanjang penyediaan makanan oleh staf sekolah:











Selepas selesai, semua makanan telah dihantar ke masjid. Semua staf sekolah yang berkelapangan telah berbuka puasa bersama-sama penduduk kampung yang hadir.


   

No comments:

Post a Comment