03 May 2019

Majlis 3 dalam 1

Pada hari ini, warga SK Kampung Suan Lamba telah mengadakan majlis 3 dalam 1 iaitu Penangguhan Bulan Bahasa, Sambutan Hari Guru dan Sambutan Hari Lahir Januari - Mei 2019.

Majlis Penangguhan Bulan Bahasa telah dilaksanakan terlebih dahulu. Ketiga-tiga Ketua Panitia Bahasa iaitu Cik Aznur (Ketua Panitia Bahasa Melayu), Pn Nur Farhana (Ketua Panitia Bahasa Inggeris) dan Cik Raihan (Ketua Panitia Bahasa Arab) telah menjadi pengacara majlis. Dalam majlis tersebut, acara penyampaian hadiah telah dilaksanakan sebagai penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya menyertai pertandingan sepanjang Bulan Bahasa (bulan April). Selain itu, kumpulan Action Song telah membuat persembahan. 

Berikut merupakan gambar yang telah diambil sewaktu majlis tersebut:

Jurukamera hari ini, Ustaz Fakrul. 
Cameraman in action.











Majlis yang kedua ialah Majlis Sambutan Hari Guru peringkat SK Kampung Suan Lamba. Dalam majlis tersebut, pengacara majlis telah memperkenalkan tema hari guru tahun 2019 iaitu Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi. Guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia, seterusnya melafazkan ikrar guru yang dipimpin oleh En Abd Harim. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Sabaria. Ketua Murid iaitu Haikal bin Huda juga turut memberikan ucapan selamat hari guru. Selepas itu, 3 orang murid Tahun 6 telah menyampaikan persembahan sebagai hadiah hari guru. Majlis diakhiri dengan acara memotong kek yang dilakukan oleh Guru Besar dan 3 orang PK.

Berikut merupakan gambar yang telah diambil sewaktu majlis tersebut:



















  
Majlis yang ketiga ialah Majlis Sambutan Hari Lahir murid-murid untuk bulan Januari sehingga Mei. Semua guru kelas, penolong guru kelas bersama-sama ketua kelas dan penolong ketua kelas telah datang ke hadapan untuk acara memotong kek. Selepas acara tersebut, semua murid kembali ke kelas masing-masing untuk jamuan makan. Murid dibenarkan balik pada jam 11.00 pagi.

Pada jam 10.30 pagi, para guru dan KTBM telah berkumpul di bilik guru untuk menjamu selera. Selepas itu, acara bertukar-tukar hadiah telah diadakan.

Berikut merupakan gambar yang telah diambil sewaktu majlis tersebut:

Tahun 1 Gamma

Tahun 2 Delta

Tahun 3 Zetta

Tahun 4 Sigma

Tahun 5 Beta

Tahun 6 Alfa




No comments:

Post a Comment