30 April 2019

Program HFMD Peringkat SK Kampung Suan Lamba

Pada hari ini, sekolah telah mengadakan program kesihatan murid iaitu berkaitan dengan HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease). Program tersebut telah dikendalikan di bawah Unit HEM, iaitu Unit Kesihatan Sekolah, yang diketuai oleh En Wan Zarin Hasani.

Selepas waktu rehat, iaitu pada jam 10.20 pagi, semua murid termasuklah murid-murid pra sekolah telah berkumpul di bawah kanopi yang telah dipasang di halaman bangunan kelas.

En Wan Zarin Hasani telah menunjukkan slaid pengenalan tentang HFMD dan seterusnya menunjukkan video bagaimana untuk membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Murid-murid telah melakukan praktikal membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer dengan mengikut video yang dipasang dan demonstrasi yang ditunjukkan oleh Pn Arzura.

Berikut merupakan gambar yang telah diambil sewaktu program tersebut:

En Wan Zarin Hasani menunjukkan paparan berkenaan HFMD.
Pn Arzura memberikan hand sanitizer kepada murid.
En Iqbal memberikan hand sanitizer kepada murid Tahun 6.

Pn Arzura menunjukkan demonstrasi membersihkan tangan dan dibantu oleh Pn Saadiah, Pn Zailah Wati dan Pn Nur' Izzati.

Murid-murid mengangkat tangan menunjukkan tangan mereka yang telah bersih.

No comments:

Post a Comment