03 April 2019

Pertandingan HIP Programme Anjuran SK Rancangan Suan Lamba

Pada minggu ini, SK Rancangan Suan Lamba telah melaksanakan program HIP dengan melibatkan ketiga-tiga sekolah dalam Suan Lamba. Antara pertandingan yang dijalankan ialah pendeklamasian sajak (poem recital), muzik beraksi (action song) dan pertandingan papan informasi (information board).

SK Kampung Suan Lamba telah menyertai dua pertandingan yang dianjurkan iaitu Action Song dan Information Board. Information Board telah diletakkan pada bahagian kaki lima bangunan kelas. Information Board tersebut telah dilabel sebagai English Zone, dan ditampal dengan beberapa maklumat dan aktiviti dalam Bahasa Inggeris. Murid boleh mengambil bahagian dalam aktiviti dengan menulis jawapan mereka lalu menampal jawapan tersebut pada ruangan yang disediakan. 

Berikut merupakan gambar Information Board yang telah disediakan oleh para guru dan murid SK Kampung Suan Lamba sendiri.

Gambar diambil sejurus selepas selesai dikemaskini.
Untuk pertandingan Action Song pula, SK Kampung Suan Lamba telah menghantar seramai 10 orang wakil daripada Tahap 1 untuk mengikuti pertandingan tersebut.

Berikut merupakan senarai nama murid yang telah menyertai pertandingan tersebut:
  1. NUR KHAIRUNNISA AMANI BINTI MOHD RIZAL
  2. MOHAMMAD AZIZAN BIN MOKRIM
  3. NUR INSYIRAH BINTI MOHAMAD
  4. AHMAD DANISH ALFIAN BIN RIJAN
  5. CYRIL JAYDEN CALLIXTUS
  6. ISHA MALIKA BINTI HAMIDON
  7. MUHAMMAD ALIFF BIN HAMZAH
  8. NUR ALIAH QAISARAH BINTI MOHD RIZAL
  9. SITI NUR HANA BINTI ABDULLAH
  10. TIZ ZAHIERAH BINTI ABDULLAH
Murid telah menyanyikan beberapa lagu yang telah diubah suai menggunakan lirik bertemakan persahabatan dan pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Murid menyanyi sambil membuat aksi untuk lagu yang dinyanyikan.

Berikut merupakan gambar yang diambil untuk Action Song.

Gambar diambil sebelum murid bergerak ke SK Rancangan Suan Lamba
Murid bergambar dengan Guru Besar SK Rancangan Suan Lamba.





Syukur Alhamdulillah, atas usaha murid dan guru SK Kampung Suan Lamba, sekolah kita telah berjaya mendapat nombor satu untuk kedua-dua pertandingan yang disertai. Tahniah diucapkan buat semua sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Pasukan SK Kampung Suan Lamba telah membawa balik dua buah piala daripada pertandingan yang disertai.

Sekiranya tiada aral melintang, pertandingan sedemikian akan digerakkan dan dilaksanakan sekali lagi pada tahun hadapan. SK Kampung Suan Lamba sendiri akan menjadi tuan rumah. Semoga sekolah kita dapat meneruskan kejayaan dalam semua pertandingan yang disertai.

1 comment: