28 April 2019

Kem Motivasi UPSR

Kem Motivasi UPSR peringkat SK Kampung Suan Lamba telah dilaksanakan pada 26 sehingga 28 April 2019. Perkhemahan tersebut dilaksanakan selama 3 hari 2 malam, iaitu bermula pada petang Jumaat sehingga waktu tengah hari Ahad.

Perkhemahan kali ini telah melibatkan sasaran murid Tahun 5 dan Tahun 6 seramai 42 orang. Aktiviti sepanjang perkhemahan telah dikendalikan oleh Persatuan Siswazah Sabah yang diketuai oleh Encik Asrul. Encik Asrul telah dibantu oleh 8 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah.

Sepanjang program perkhemahan, guru-guru dan KTBM SK Kampung Suan Lamba telah bertugas untuk menyediakan makanan kepada peserta program dan fasilitator. Di samping itu, guru-guru dan KTBM juga bertugas untuk menyelia aktiviti yang telah dijalankan oleh Persatuan Siswazah Sabah.

Alhamdulillah, pada majlis perasmian penutupan Kem Motivasi UPSR telah dihadiri dan dirasmikan oleh Encik Asiang Andud, iaitu wakil daripada PPD Kinabatangan. Pada majlis tersebut, semua peserta telah diberikan sijil penyertaan. Dua orang murid telah terpilih sebagai peserta terbaik iaitu:
  1. Muhammad Raziq bin Masdar - peserta terbaik lelaki
  2. Najihah binti Abdullah - peserta terbaik perempuan
Semoga apa yang dipelajari dan diperolehi oleh murid sepanjang kem tersebut diamalkan dalam kehidupan seharian dan menambah keinginan mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Pihak SK Kampung Suan Lamba mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Persatuan Siswazah Sabah kerana berjaya mengendalikan program kem motivasi dengan jayanya. Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta kem motivasi kerana berjaya mengikuti kem motivasi sehingga ke majlis perasmian penutupan.

Berikut merupakan beberapa gambar yang telah diambil sepanjang program:

Pn Zailah Wati memberikan penerangan tentang kem motivasi yang akan dijalankan pada hari Jumaat, sambil diperhatikan oleh En Ayub.



En. Ayub dan En. Iqbal memberikan taklimat ringkas kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6 sebelum kem motivasi pada waktu petang nanti.

Murid menyusun meja dan kerusi untuk ruang makan.

Juadah yang telah disediakan oleh guru dan KTBM sekolah.

Ustaz Fakrul memberikan peringatan kepada peserta kem sebelum kem motivasi bermula.

Peserta kem lelaki.

Peserta kem perempuan.

Gambar seterusnya merupakan gambar sewaktu guru-guru dan KTBM menyediakan dan memasak makanan:





Gambar menunjukkan suasana sewaktu peserta beratur untuk mengambil minum petang.

Aktiviti malam penghayatan. Seramai 39 peserta telah menangis selepas aktiviti tersebut. Hanya 3 orang sahaja murid yang 'terlalu kental' hatinya.

Penyediaan makanan yang telah dibawa oleh ibu bapa untuk jamuan selepas majlis perasmian penangguhan.
 
Wajah para peserta kem.
 
En Asiang Andud disambut oleh En Asrul dan guru-guru SKKGSL.

Pengacara majlis perasmian penutupan kem motivasi ialah Pn Nur 'Izzati.

Ustaz Fakrul memimpin bacaan doa.

Ucapan alu-aluan daripada Pn Sabaria.
 
Kehadiran yang memberangsangkan daripada kalangan ibu bapa peserta kem motivasi.

En Asiang Andud menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis perasmian penutupan kem.

En Asiang Andud menceritakan bahawa beliau pernah mengajar beberapa orang ibu bapa murid yang hadiri pada majlis hari ini.

Berikut merupakan gambar penyampaian sijil kepada ketua kumpulan:







Peserta lelaki terbaik.

Peserta perempuan terbaik.

En Asiang menyampaikan cenderamata kepada En Asrul yang mewakili Persatuan Siswazah Sabah.

Pn Sabaria menyampaikan cenderamata kepada En Asiang Andud kerana sudi merasmikan majlis hari ini.

Jamuan dan perkongsian antara En Asiang, Pn Sabaria, Pn Zailah Wati dan En Asrul, serta disertai seorang fasilitator lelaki.

No comments:

Post a Comment