25 April 2019

Jom Baca Bersama untuk 10 Minit

Pada hari ini, pusat sumber sekolah telah mengadakan program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit. Cik Frensyllah, selaku penyelaras pusat sumber sekolah telah mengadakan program tersebut sebagai sokongan kepada program Dekad Membaca Kebangsaan. Semua murid membaca buku selepas rehat. Buku yang telah dibaca dicatat dalam buku NILAM masing-masing. Program ini telah dilaksanakan dengan bantuan para pengawas pusat sumber sekolah.

Berikut merupakan gambar yang sempat diambil sewaktu program tersebut:













Poster Jom Baca Bersama untuk 10 Minit

No comments:

Post a Comment