05 August 2019

Kem Pendidikan Tenggiling di SK Kampung Suan Lamba

Pada hari ini, iaitu 5 Ogos 2019, bersamaan hari Isnin, kem pendidikan tenggiling telah dilaksanakan di sekolah. Kem pendidikan tersebut telah dianjurkan oleh agensi luar dengan tujuan untuk mengumpulkan data daripada sekolah di Kinabatangan dan untuk menyebarluaskan maklumat berkenaan tenggiling kepada warga sekolah.

Kem pendidikan tersebut telah berlangsung seawal 7.30 pagi dan tamat pada waktu rehat iaitu pada pukul 10.00 pagi. Hanya beberapa orang murid terpilih daripada tahun 4 dan 5 sahaja menyertai kem tersebut. Terdapat tiga orang guru turut terpilih untuk menyertai kem tersebut. 

Para peserta kem telah didedahkan dengan habitat tenggiling dan isu kepupusan tenggiling yang semakin membimbangkan. Penganjur kem pendidikan turut memasang beberapa video yang telah diambil sewaktu menjalankan kajian mengenai tenggiling di hutan.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kem pendidikan tenggiling tersebut. Semoga dengan adanya inisiatif sebegini dapat menyedarkan warga sekolah dan para penduduk tempatan agar tidak mengancam haiwan tenggiling dan haiwan-haiwan lain yang kini semakin pupus dari muka bumi ini.

Berikut merupakan gambar yang telah diambil sepanjang kem pendidikan tersebut:











No comments:

Post a Comment