02 August 2019

Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Minggu Sains

Sepanjang minggu ini dan minggu lalu, Panitia Sains yang diketuai oleh Cikgu Wan Zarin Hasani, telah mengadakan kuiz Sains. Kuiz tersebut melibatkan semua murid SK Kampung Suan Lamba serta telah dilaksanakan sewaktu perhimpunan dan di dalam kelas.

Untuk murid Tahap 2, kuiz telah dilakukan pada waktu perhimpunan pagi. Murid yang berjaya menjawab telah diberikan hadiah peralatan tulis. Untuk murid Tahap 1, kuiz telah dilaksanakan dengan murid-murid menjawab soalan kuiz di dalam kelas.

Tahniah kepada semua pemenang dan diharapkan agar dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pada minggu Sains yang akan datang. 

No comments:

Post a Comment