01 August 2019

Bacaan Ujian Saringan Penyakit Tibi

Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba. Hari ini, bersamaan dengan  1 Ogos 2019, hari Khamis, warga sekolah telah menerima lawatan daripada pihak kesihatan Hospital Kinabatangan. Kedatangan pihak kesihatan berkenaan adalah untuk membuat bacaan ujian saringan penyakit tibi. Suntikan tuberkulin telah diberikan kepada semua murid prasekolah, guru-guru dan kakitangan bukan mengajar yang hadir ke sekolah pada 29 Julai 2019 yang lalu. 

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh pihak kesihatan, seseorang individu berisiko menghidap penyakit tibi sekiranya kawasan yang disuntik pada tangan berbekas merah dengan ukur lilitan (circumference) melebihi 10 mm. Untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut, individu yang berisiko menghidap penyakit tibi perlu membuat pemeriksaan x-ray di hospital berdekatan.

Berikut merupakan gambar yang sempat diambil sewaktu lawatan ringkas daripada pihak kesihatan:



No comments:

Post a Comment