30 January 2020

Minggu Rawatan Pergigian

Bermula pada minggu ini, minggu rawatan pergigian akan dilaksanakan oleh pihak kesihatan dari Klinik Rancangan Suan Lamba. 

Terima kasih diucapkan kepada pihak kesihatan atas kesudian untuk melaksanakan rawatan kepada semua murid SK Kampung Suan Lamba. Terima kasih juga diucapkan kepada guru unit kesihatan yang telah menguruskan program rawatan ini.

Berikut merupakan gambar yang telah diambil sepanjang minggu rawatan:







22 January 2020

Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 Aqua

Pada hari ini, sebuah majlis penutupan program Transisi Tahun 1 Aqua telah dilaksanakan. Sebelum majlis dimulakan, murid-murid Tahun 1 telah menyertai sukaneka pada jam 7.30 pagi. Selepas itu, pada jam 10.00 pagi, majlis penutupan program telah dimulakan. Dalam majlis tersebut, para ibu bapa telah diterangkan dengan mata pelajaran yang akan dipelajari oleh murid Tahun 1 serta beberapa maklumat penting yang berkaitan. Majlis diakhiri dengan jamuan dan semua murid Tahun 1 dibenarkan pulang mengikut keluarga masing-masing.

Berikut merupakan gambar sepanjang sukaneka dan majlis penutupan:














20 January 2020

Watikah Perlantikan Guru Sebagai Guru Penasihat dalam GERKO

Pada hari ini, sebuah watikah perlantikan telah dilaksanakan untuk melantik para guru penasihat GERKO secara rasmi. Sijil perlantikan telah disampaikan oleh Guru Besar, dengan diiringi oleh PK Kokurikulum.

Berikut merupakan gambar watikah tersebut:












17 January 2020

Kursus Kepimpinan Murid 2020

Alhamdulillah, Kursus Kepimpinan Murid telah berjaya dilaksanakan di SK Kampung Suan Lamba. Kursus tersebut telah melibatkan seramai 51 orang murid iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, ketua kelas dan penolong ketua kelas dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Di samping itu, SK Rancangan Suan Lamba dan SK Bilit juga telah menghantar seramai 12 orang wakil murid dari sekolah masing-masing untuk menyertai kursus pada kali ini.

Antara guru yang telah menyampaikan ceramah atau perkongsian dalam kursus tersebut ialah Cikgu Azrul dari SK Bilit, Cikgu Hasif dari SK Rancangan Suan Lamba dan Cikgu Ayub dari SK Kampung Suan Lamba sendiri.

Diharapkan segala apa yang telah disampaikan sepanjang kursus dapat membantu murid untuk melaksanakan tugas masing-masing sebagai pemimpin kecil di sekolah.

Berikut merupakan gambar dokumentasi sepanjang kursus: