08 January 2020

Pembahagian Unit Kokurikulum

Pada hari ini, iaitu hari Rabu yang pertama dalam sesi persekolahan, semua murid telah dikumpulkan untuk dibahagikan mengikut unit kokurikulum. Encik Rosdi, iaitu PK Kokurikulum telah mengumpulkan murid dan membahagikan murid mengikut unit kokurikulum masing-masing. 

Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini, SK Kampung Suan Lamba telah menubuhkan empat kumpulan untuk setiap unit kokurikulum. Berikut merupakan senarai unit kokurikulum tersebut:


1) Unit Beruniform
  • Pengakap
  • Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
  • Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
2) Kelab dan Persatuan
  • Kelab Pencinta Alam
  • Kelab Rekreasi
  • Kelab Doktor Muda
  • Kelab HIP Members
3) Sukan dan Permainan
  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Bola Jaring
  • Badminton

Senarai nama murid boleh dirujuk di kelas masing-masing. Berikut merupakan gambar sepanjang pembahagian unit kokurikulum tersebut:






No comments:

Post a Comment