11 January 2020

Mesyuarat PIBG Bil. 1/2020 dan Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan

Pada hari ini, para ibu bapa telah hadir ke sekolah untuk menyertai mesyuarat PIBG Bil. 1/2020 yang diadakan di dalam bilik gerakan sekolah. Ibu bapa telah hadir dan mendaftarkan diri di meja pendaftaran pada jam 7.30 pagi.

Antara agenda mesyuarat ialah pelaporan program sekolah yang melibatkan ibu bapa pada tahun 2019, pelaporan kewangan oleh bendahari PIBG, pembubaran AJK PIBG 2019, dan pelantikan AJK PIBG sesi 2020-2022. Selepas itu, Pn Sabaria dan Pn Zailahwati telah menyampaikan beberapa maklumat berkenaan murid dan sekolah yang memerlukan tindakan daripada ibu bapa. Antara maklumat tersebut ialah berkenaan jadual waktu pada hari Rabu iaitu murid akan balik pada jam 2.20 petang dan bukan lagi jam 1.50 petang. Selepas itu, YDP PIBG yang baru iaitu En Saharuddin menyampaikan ucapan beliau.

Selepas tamat mesyuarat, para ibu bapa bergerak ke kelas anak masing-masing. Para guru kelas telah menyerahkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 kepada para ibu bapa yang anaknya layak mendapat bantuan. 

Selepas tamat, semua ibu bapa dan guru beransur pulang.

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat diambil sewaktu mesyuarat:








No comments:

Post a Comment