Seperti tahun-tahun sebelum ini, program Transisi Tahun 1 akan dilaksanakan pada awal tahun iaitu bermulanya sesi persekolahan tahun baru. Program kali ini dijalankan selama tiga minggu bermula pada hari ini.
Sepanjang program ini, murid-murid Tahun 1 akan didedahkan dengan nama guru-guru yang akan mengajar mereka, peraturan sekolah, adab-adab di kelas, kantin, cara menyanyikan lagu-lagu dan sebagainya. Tujuan program ini dijalankan ialah untuk mendedahkan murid Tahun 1 dengan budaya sekolah dan seterusnya dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah perdana.
Berikut merupakan antara gambar yang sempat diambil pada hari ini sewaktu murid Tahun 1 melawat pejabat sekolah:
No comments:
Post a Comment