01 January 2020

Mesyuarat Pengurusan Tahun 2020

Pada hari ini, para staf SK Kampung Suan Lamba telah menghadirkan diri ke sekolah untuk mengadakan mesyuarat pengurusan. Terdapat empat mesyuarat yang telah diadakan pada hari ini iaitu Mesyuarat Staf Bil. 1/2020, Mesyuarat Unit Kurikulum Bil. 1/2020, Mesyuarat Unit Hal Ehwal Murid Bil. 1/2020 dan Mesyuarat Unit Kokurikulum Bil. 1/2020.

Objektif mesyuarat-mesyuarat berkenaan diadakan adalah untuk menyampaikan KPI sekolah kepada semua staf, di samping dapat memberikan maklumat kepada guru-guru berkenaan sesi persekolahan yang akan bermula esok.

Di samping itu, para staf juga telah mengadakan sesi melafazkan ikrar. Diharapkan agar dengan sesi tersebut, semangat guru-guru semakin membara untuk mendidik anak murid pada tahun ini.

Berikut merupakan antara gambar yang sempat diambil sepanjang mesyuarat:





No comments:

Post a Comment