28 January 2019

Gotong-royong Perdana SK Kampung Suan Lamba dan Pengagihan Bantuan RM100

Pada 25 Januari yang lalu, sebuah gotong-royong perdana telah dilaksanakan di SK Kampung Suan Lamba. Gotong-royong tersebut melibatkan ibu bapa murid, guru-guru serta murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6. Murid Tahun 1 sehingga Tahun 4 pula dijaga oleh Cikgu Ayub di Bilik Pemulihan.

Cuaca pada awal pagi sebelum gotong-royong agak mendung. Hujan telah turun berkali-kali sepanjang tempoh gotong-royong. Namun begitu, para ibu bapa begitu bersemangat untuk melaksanakan kerja masing-masing sehingga sanggup meredah hujan. 


Antara kerja yang dilakukan sepanjang gotong-royong ialah menanam bunga dalam tayar di sekitar kolam, membersihkan kolam, menebang pokok kelapa yang membawa ancaman kepada warga sekolah, menguruskan sistem kumbahan untuk tandas di sebelah bangunan kelas baharu.


Gotong-royong bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat daripada PK HEM, Puan Zailah Wati, dan Guru Besar sendiri, Puan Sabaria. Gotong-royong ditamatkan pada jam 10.00 pagi untuk memberi ruang kepada ibu bapa untuk berehat dan menjamu selera dengan makanan yang telah dibawa dari rumah. Pada pukul 10.30 pagi pula, ibu bapa masuk ke dalam kelas anak-anak untuk mengambil bantuan KWAMP sebanyak RM100. Selepas itu, ibu bapa telah pulang dengan membawa semula peralatan gotong-royong yang telah dibawa pagi tadi.


Berikut merupakan antara gambar yang telah diambil sepanjang gotong-royong:



Sesi taklimat













Buah kelapa dipetik terlebih dahulu sebelum pokok kelapa ditebang



Cikgu Khairul, En. Rosdi dan murid-murid Tahun 5 Beta






Murid Tahun 5 Beta

Pemindahan pasu bunga dari pentas Speaker's Corner untuk ditanam di tepi kolam





Cikgu Ayub dan murid-murid Tahun 1 - Tahun 4


Tahun 5 Beta dan Ustazah Raihan




Para peserta gotong-royong berteduh seketika untuk menunggu hujan berhenti

Sebelum

Selepas
 Berikut ialah antara gambar yang telah diambil sewaktu program pengagihan bantuan dilaksanakan:




Video menunjukkan betapa lebatnya hujan turun sewaktu gotong-royong dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment