29 January 2019

Kejohanan Sukan Tara SK Kampung Suan Lamba

Pada hari ini, iaitu 29 Januari 2019 bersamaan dengan hari Selasa, SK Kampung Suan Lamba telah mengadakan Kejohanan Sukan Tara peringkat sekolah. 

Murid telah beratur mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Biru, Merah dan Kuning sebelum bergerak ke padang Kampung Lanut. Antara acara yang dijalankan pada sukan tara kali ini ialah lari 100 meter, lompat jauh dan lontar peluru. Setiap rumah sukan berada di stesen-stesen tertentu ini. Rumah sukan akan bertukar ke stesen seterusnya selepas selesai. Untuk permulaan, Rumah Biru di stesen lompat jauh, Rumah Merah di stesen lontar peluru dan seterusnya Rumah Kuning di stesen lari 100 meter.

Berikut merupakan antara gambar yang telah diambil sepanjang kejohanan tersebut.


























No comments:

Post a Comment