12 January 2019

Mesyuarat PIBG Bil 1/2019

Pada hari ini, guru-guru dan ibu bapa murid SK Kampung Suan Lamba telah menghadiri mesyuarat PIBG yang diadakan di sekolah. Antara intipati mesyuarat ialah perlantikan AJK PIBG Pra Sekolah SK Kampung Suan Lamba, pembentangan program yang telah dijalankan oleh PIBG sekolah pada tahun 2018, pembentangan kewangan PIBG, dan seterusnya perbincangan bersama-sama untuk program gotong-royong perdana yang akan diadakan pada 25 Januari 2019.

Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan buat semua warga PIBG yang hadir.

Guru Pra Sekolah melaksanakan pemilihan dan perlantikan AJK PIBG Pra Sekolah untuk tahun 2019.

Suasana mesyuarat yang sedang berlangsung.

Puan Hamisah (paling kanan) membentangkan program yang telah dijalankan oleh PIBG SK Kampung Suan Lamba pada tahun 2018. Turut berada di hadapan (dari kiri) ialah Pengerusi PIBG Pra Sekolah, Puan Guru Besar, Puan YDP PIBG, dan tiga orang AJK Tertinggi PIBG Sekolah.

No comments:

Post a Comment