31 January 2019

Kejohanan Sepak Takraw Lelaki Bawah 12 Tahun MSS Peringkat Daerah Kinabatangan 2019

Pada hari ini iaitu 31 Januari 2019 (Khamis), SK Kampung Suan Lamba telah menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Sepak Takraw Lelaki Bawah 12 Tahun MSS Peringkat Daerah Kinabatangan 2019.

Sebanyak lima sekolah telah menghantar wakil pasukan masing-masing untuk menyertai kejohanan tersebut. Berikut merupakan senarai sekolah yang telah menghantar wakil:

  1. SK Kota Kinabatangan (1 pasukan)
  2. SK Bukit Garam (3 pasukan)
  3. SK Jaya Baru (2 pasukan)
  4. SK Paris (1 pasukan)
  5. SK Kampung Suan Lamba (1 pasukan)
Majlis Perasmian Penangguhan Kejohanan Sepak Takraw Lelaki Bawah 12 Tahun MSS Peringkat Daerah Kinabatangan 2019 telah dilaksanakan selepas permainan saringan akhir (final game) oleh pasukan SK Paris menentang SK Kota Kinabatangan. Penangguhan tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Mahali Jahaya, Ketua Unit UPK PPD Kinabatangan, yang juga merupakan Timbalan PPD Kinabatangan.

Kejohanan tersebut turut dihadiri oleh Encik Dani, Penyelia PPD Kinabatangan dan para guru pengiring daripada kelima-lima sekolah.

Wakil pasukan SK Kampung Suan Lamba terdiri daripada:
  1. Badrul Wafi bin Abd Harim (6 Alfa)
  2. Mohamad Farhan Anas bin Jamil (6 Alfa)
  3. Mohammad Adamshah bin Azrol Shah (6 Alfa)
  4. Zaizul Zidan bin Abd Harim (5 Beta)
Pasukan SK Kampung Suan Lamba telah berjaya mendapat tempat ketiga untuk kejohanan tersebut.

Tahniah buat semua wakil pasukan! Terima kasih atas usaha dan penat lelah anda!

Berikut merupakan gambar yang telah diambil sepanjang kejohanan tersebut.





Badrul Wafi menjadi wakil pasukan takraw SKKGSL untuk menerima sijil daripada Tuan Mahali Jahaya, Ketua Unit UPK PPD Kinabatangan

No comments:

Post a Comment