16 January 2019

Minggu Pemeriksaan Gigi SK Kampung Suan Lamba

Bermula pada hari ini, murid-murid akan dipanggil secara bergilir-gilir untuk pemeriksaan gigi.

Pihak kesihatan telah datang sejak kemarin untuk menyediakan peralatan dan bahan yang akan digunakan untuk memeriksa gigi murid-murid.

Murid yang telah dipanggil akan diperiksa gigi oleh dua orang jururawat. Sekiranya terdapat gigi yang perlu dicabut atau ditampal, pihak kesihatan akan menyediakan surat makluman dan meminta izin atau kebenaran daripada pihak ibu bapa murid untuk membenarkan proses mencabut atau menampal gigi dilakukan.

Selepas mendapat persetujuan dan kebenaran ibu bapa, barulah gigi murid berkenaan akan dicabut atau ditampal. Diharapkan agar semua ibu bapa memberi kebenaran kepada jururawat untuk melaksanakan perkhidmatan mencabut atau menampal gigi di sekolah.

Selain itu, diharapkan agar semua murid berani untuk melalui proses mencabut gigi atau menampal gigi. Selamat majujaya untuk semua murid yang terpilih!

Berikut merupakan antara gambar yang diambil sewaktu murid Tahun 6 Alfa menunggu giliran untuk pemeriksaan gigi.










No comments:

Post a Comment